Monday, December 28, 2009

Bercakap Tentang Nasib Melayu

1. Saya sudah lama memerhatikan bahawa kita semakin susah jadi Melayu. Kita sudah sukar untuk berbicara tentang nasib dan masa depan Melayu dan bumiputera kerana kita akan segera dituduh rasis. Malah ada kita di kalangan kita yang akan menuduh kita rasis sambil melaung "saya juga melayu". Dan anihnya bangsa lain semakin ghairah dan bebas menaikkan bangsa mereka dan meminta macam-macam tanpa digelar rasis atau chauvanis.

Kita sekarang sudah tidak boleh menghunus keris di majlis-majlis kita. Mungkin tidak lama lagi kita juga sudah tidak boleh membaca doa di majlis-majlis kita kerana ia rasis. Kita mungkin tidak akan boleh lagi melaungkan azan atau tidak menjual bir kerana ia rasis. Kita mungkin juga tidak boleh memakai songkok kerana ia rasis.

2. Dan hari ini kebimbangan saya dan rakan-rakan profesional dikongsi bersama oleh Dato' Kadir Jasin..

____

MONDAY, DECEMBER 28, 2009

Hak Melayu: Umno dan Pas Sama Koro?


A Kadir Jasin

SUKA atau tidak, kita terpaksa akui bahawa sebenarnya wujud banyak persamaan antara Umno dan Pas. Bukan sahaja kedua-duanya dianggotai oleh orang Melayu dan Islam, tetapi pemikiran dan tindak-tanduk mereka juga banyak yang sama.

Daripada sudut sejarah, ini tidaklah menghairankan kerana Pas adalah serpihan Umno dan sejak berpisah pada awal tahun 1950an mereka berkongsi pengundi atas pagar yang ada masa mengundi Umno dan ada masa mengundi Pas.

Namun satu persamaan yang sangat ketara sejak akhir-akhir ini adalah kedua-dua parti itu nampak begitu takut dituduh ekstrem kerana mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan yang kedua-duanya sudah menjadi “peminta maaf” (apologist) dalam perhubungan kaum dan agama di negara ini.

Tulisan sepenuhnya

Tuesday, December 22, 2009

Syabas Bro!

1. Baharu pagi tadi saya menyentuhnya. Dan petang ini di Malaysiakini:

Pemimpin kanan Pemuda PAS letak jawatan

Jimadie Shah Othman
Dis 22, 09
11:25am

Ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan - yang tegas mendesak pengunduran segera menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai peneraju Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - telah meletakkan semua jawatannya dalam parti hari ini.

Bagaimanapun, Dr Rosli Allani Abd Kader meletak jawatan bukan kerana kegagalan Pemuda PAS negeri mengadakan mesyuarat berhubung peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Sebaliknya, kata beliau, ia berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu - yang memerintahkannya tinggal berasingan dengan isteri keduanya - bagi mengelak menjejaskan imej PAS.

Dr Rosli mengumumkan peletakannya itu dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kota Bharu tengahari ini.
Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau mengesahkan peletakan jawatan itu dan sebab beliau meletakkan jawatan.

Beliau mendapat perintah mufarakah (berpisah sementara) dengan isterinya Ilyana Mohd Noor kerana perkahwinannya pada Disember tahun lalu diragui oleh bapa mertuanya.


2. Syabas Dr Rosli kerana tidak menunggu 3 bulan dari Christmas Eve. You walked your talk!

3. Almenantuya perlu ikut teladan ini. Tak perlu tunggu 3 bulan dari Christmas Eve.

Monday, December 21, 2009

Kita Serupa...


1. Dua hari dulu di Malaysiakini...

Pemuda PAS Kelantan dilaporkan mendesak Abdul Ariffahmi berundur segera daripada PMBK – bukan seperti beliau jadualkan pada 23 Mac tahun depan.

Photo: ahmadfadhli.com.my

Isu tersebut dilaporkan akan dibincangkan dalam bermesyuaratnya, termasuk mungkin mengadakan pengundian bagi mendesak pengunduran Abdul Ariffahmi, yang juga exco Pemuda PAS negeri.

Ketua penerangannya Dr Rosli Allani Abd Kadir dilaporkan berkata, pengunduran segera Abdul Ariffahmi sangat penting kerana kontroversi yang membelenggunya boleh menjejaskan PAS.


2. Hari ini di Berita Harian....

Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, isteri diarah berpisah

KOTA BHARU: Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, 35, semalam, diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah supaya terus berpisah dan tinggal berasingan dengan isteri keduanya, Ilyani Mohd Noor, 30, sehingga kes mereka dibicarakan pada 26 April depan.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Mohd Yusof Awang, selepas bapa mentuanya, Mohd Noor Che Man, 58, menolak hasrat Dr Rosli Allani untuk mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutan pembatalan perkahwinan yang difailkan Mohd Noor, bapa kandung defendan kedua (Ilyani) mendakwa, Dr Rosli dan Ilyani berkahwin secara tidak sah pada 26 Disember 2008 di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan berkenaan kerana disyaki tidak memenuhi rukun dan syarat perkahwinan yang sah disebabkan tatacara perkahwinan dan surat perakuan nikah itu adalah dokumen yang tidak sah.



3. Manalah tahu kot-kot Almenantuya, Alamalina, Alabduh dan TGNA pula akan mendesak KP DPPK letak jawatan parti kerana memalukan parti akibat pederas anak orang tanpa izin wali (mengikut aduan wali)? Macam mana mereka boleh bernikah di Selangor? Pakat-pakat dengei Tok Sei dan Khalid Samad ko?

Ada Baung, Ada Baung

Malaysiakini

Anak MB 'buka pekung' ulas isu suami: Idris

Salhan K Ahmad
Dis 21, 09
11:33am

Nik Amalina Nik Abdul Aziz tidak seharusnya "membuka pekung di dada" dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog peribadi anak menteri besar itu, kata ketua penerangan PAS.

"Banyak perkara yang melibatkan hal dalaman tidak bolehlah diceritakan kepada semua orang sebab akan jadi seperti membuka pekung di dada," kata Idris Ahmad

Tambahnya, tindakan anak perempuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang didesak melepaskan jawatan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), melalui blog "tidak sepatutnya dilakukan" kerana ia berkait dengan soal pentadbiran kerajaan negeri.

"Perkara yang melibatkan masalah pentadbiran dan dasar parti ini tidak sepatutnya didedahkan dalam blog," kata Idris ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini.

Jelasnya, isu melibatkan Abdul Ariffahmi, seperti yang diulas secara meluas di Internet, tidak sepatutnya disentuh oleh Nik Amalina dalam blognya Seri Suri (serisuri.wordpress.com), yang dimulakan pada 11 Disember itu
.

Saturday, December 12, 2009

Bina Masjid

Sinar Harian
13 Dec 2009

DAP tidak boleh pertikai pembinaan masjid: Harun KUALA TERENGGANU - Pas akan mewujudkan lebih banyak masjid jika Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negara ini dan sebagai rakan pakatan, DAP harus bersetuju dengan keputusan itu, kata Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib.

“Pakatan Rakyat akan tambah lagi (masjid) dan kita harap DAP tidak akan bercakap mengenai perkara yang boleh menunjukkan mereka anti Islam,” katanya.

:Harun, yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu, meminta pemimpin DAP tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menampakkan DAP memusuhi Islam dalam usaha menjaga keharmonian negara.

Harun berkata, secara peribadi, beliau rasa bilangan masjid dibina Kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara ini masih belum cukup.

Kerabat Raja ...

Of late ada politicians yang gemar membesar-besarkan cerita mereka keturunan raja-raja. Tok Nik bangga berketurunan Raja Jembal, Tok Jib pula keturunan Raja Gowa dan baru saja ditabalkan gelaran. Habis tu Tok Nuar nak mengaku keturunan Raja apa pula?

Tok belah bapanya bukan datang dari kepulauan Melayu. Nun jauh di barat dan sama dengan Tok belah bapa TM. Geng-geng dia dah tabal TM "Mahafiraun". Dulu saya pernah cadang "Mahafiraun II" tapi geng-geng dia tak setuju. Kemungkinanlah lebih sesuai Rajag.... ke Rajam..... ke Rajan ke Raja..... ke Maheepati.... Tapi Mat Sabu pernah tabal dia Raja Silit sebagai membalas jasabaiknya menabal Mat Sabu sebagai Alkhalwati.

Thursday, December 10, 2009

Kerabat Raja Gowa


Hari ini suatu hari yang luarbiasa. Dalam Star, ada satu iklan satu muka mengucap-kan Selamat Hari Jadi kepada permaisuri kerabat Raja Gowa yang baru ditabalkan Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

Perkara sebegini belum pernah terjadi samada kepada Permaisuri Agong atau Sultanah-sultanah di Tanah Melayu ini meskipun isteri PM atau MB.

Begitulah kehebatan semangat 1Malaysia rupanya. Tidak hairanlah Azizah juga mahu jadi Wanita Pertama.



____
Tuesday, November 24, 2009
Perihal Datuk Menteri, Menantu Dan Carla Bruni
A Kadir Jasin

TOK GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya tunduk kepada persepsi dan pendapat umum bahawa pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan adalah langkah tidak popular dan meragukan.

Apa pun alasan dan motivasi Menteri Besar Kelantan itu melantik menantunya ke jawatan penting yang sangat hampir dengan Pejabat Menteri Besar itu tidak berguna dan bermakna apabila berdepan dengan pendapat umum yang negatif.

Dipendekkan cerita, pengalaman Nik Abdul Aziz ini wajib serentak dijadikan teladan dan sempadan oleh semua Wakil Rakyat dan penjawat awam.

Teladan: Langkah Nik Abdul Aziz mengakui kesilapan dan memecat menantunya adalah tepat dan berani.

Sempadan: Sayangkan anak, menantu dan bini ada had dan batasan. Sayang di rumah bawa bahagia. Bawa anak, menantu dan bini campur tangan dalam urusan negara mengundang bencana.

Mungkin Nik Abdul Aziz termakan mantera meritokrasi. Mungkin pada perkiraannya si menantu layak dilantik ke jawatan itu atas dasar meritokrasi. Atau boleh jadi juga dia berasa bahawa sebagai Tok Guru, apa sahaja keputusannya akan dipersetujui dan dihormati.

Saya tidak akan kering air liur atau berhenti mengingatkan Wakil Rakyat bahawa pengundi memilih mereka dan memberi mandat kepada mereka. Pengundi tidak memilih apatah lagi memberi mandat kepada anak, menantu, isteri, abang, adik dan kroni mereka.

Teringat saya berita yang disiarkan oleh akhbar arus perdana tempatan pada 19 November lalu bertajuk “Carla Nafi Suami Jadi Pak Turut”. Carla adalah Carla Bruni-Sarkozy, seorang bintang filem Perancis yang kini isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Dalam sistem kepresidenan (presidency) Perancis seperti juga dalam sistem Amerika, Presiden adalah Ketua Negara dan Ketua Kerajaan. Jadi isteri Presiden Perancis dan Presiden Amerika memainkan peranan sebagai Wanita Pertama atau First Lady.

Kita tidak ada sistem itu. Kita ada dua ketua. Ketua Negara adalah Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri. Macam Ratu Inggeris Ketua Negara dan Perdana Menteri Inggeris Ketua Kerajaan.


Jadi jangan-lah silap atau sengaja bagi gelaran atau jolokan Wanita Pertama (First Lady) kepada sesiapa. Kita tidak mahu berlaku salah protokol kerana negara kita adalah negara Raja Berperlembagaan dan kita ada adat resam sendiri.