Monday, December 21, 2009

Ada Baung, Ada Baung

Malaysiakini

Anak MB 'buka pekung' ulas isu suami: Idris

Salhan K Ahmad
Dis 21, 09
11:33am

Nik Amalina Nik Abdul Aziz tidak seharusnya "membuka pekung di dada" dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog peribadi anak menteri besar itu, kata ketua penerangan PAS.

"Banyak perkara yang melibatkan hal dalaman tidak bolehlah diceritakan kepada semua orang sebab akan jadi seperti membuka pekung di dada," kata Idris Ahmad

Tambahnya, tindakan anak perempuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang didesak melepaskan jawatan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), melalui blog "tidak sepatutnya dilakukan" kerana ia berkait dengan soal pentadbiran kerajaan negeri.

"Perkara yang melibatkan masalah pentadbiran dan dasar parti ini tidak sepatutnya didedahkan dalam blog," kata Idris ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini.

Jelasnya, isu melibatkan Abdul Ariffahmi, seperti yang diulas secara meluas di Internet, tidak sepatutnya disentuh oleh Nik Amalina dalam blognya Seri Suri (serisuri.wordpress.com), yang dimulakan pada 11 Disember itu
.