Monday, December 28, 2009

Bercakap Tentang Nasib Melayu

1. Saya sudah lama memerhatikan bahawa kita semakin susah jadi Melayu. Kita sudah sukar untuk berbicara tentang nasib dan masa depan Melayu dan bumiputera kerana kita akan segera dituduh rasis. Malah ada kita di kalangan kita yang akan menuduh kita rasis sambil melaung "saya juga melayu". Dan anihnya bangsa lain semakin ghairah dan bebas menaikkan bangsa mereka dan meminta macam-macam tanpa digelar rasis atau chauvanis.

Kita sekarang sudah tidak boleh menghunus keris di majlis-majlis kita. Mungkin tidak lama lagi kita juga sudah tidak boleh membaca doa di majlis-majlis kita kerana ia rasis. Kita mungkin tidak akan boleh lagi melaungkan azan atau tidak menjual bir kerana ia rasis. Kita mungkin juga tidak boleh memakai songkok kerana ia rasis.

2. Dan hari ini kebimbangan saya dan rakan-rakan profesional dikongsi bersama oleh Dato' Kadir Jasin..

____

MONDAY, DECEMBER 28, 2009

Hak Melayu: Umno dan Pas Sama Koro?


A Kadir Jasin

SUKA atau tidak, kita terpaksa akui bahawa sebenarnya wujud banyak persamaan antara Umno dan Pas. Bukan sahaja kedua-duanya dianggotai oleh orang Melayu dan Islam, tetapi pemikiran dan tindak-tanduk mereka juga banyak yang sama.

Daripada sudut sejarah, ini tidaklah menghairankan kerana Pas adalah serpihan Umno dan sejak berpisah pada awal tahun 1950an mereka berkongsi pengundi atas pagar yang ada masa mengundi Umno dan ada masa mengundi Pas.

Namun satu persamaan yang sangat ketara sejak akhir-akhir ini adalah kedua-dua parti itu nampak begitu takut dituduh ekstrem kerana mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan yang kedua-duanya sudah menjadi “peminta maaf” (apologist) dalam perhubungan kaum dan agama di negara ini.

Tulisan sepenuhnya