Monday, December 28, 2009

Bercakap Tentang Nasib Melayu

1. Saya sudah lama memerhatikan bahawa kita semakin susah jadi Melayu. Kita sudah sukar untuk berbicara tentang nasib dan masa depan Melayu dan bumiputera kerana kita akan segera dituduh rasis. Malah ada kita di kalangan kita yang akan menuduh kita rasis sambil melaung "saya juga melayu". Dan anihnya bangsa lain semakin ghairah dan bebas menaikkan bangsa mereka dan meminta macam-macam tanpa digelar rasis atau chauvanis.

Kita sekarang sudah tidak boleh menghunus keris di majlis-majlis kita. Mungkin tidak lama lagi kita juga sudah tidak boleh membaca doa di majlis-majlis kita kerana ia rasis. Kita mungkin tidak akan boleh lagi melaungkan azan atau tidak menjual bir kerana ia rasis. Kita mungkin juga tidak boleh memakai songkok kerana ia rasis.

2. Dan hari ini kebimbangan saya dan rakan-rakan profesional dikongsi bersama oleh Dato' Kadir Jasin..

____

MONDAY, DECEMBER 28, 2009

Hak Melayu: Umno dan Pas Sama Koro?


A Kadir Jasin

SUKA atau tidak, kita terpaksa akui bahawa sebenarnya wujud banyak persamaan antara Umno dan Pas. Bukan sahaja kedua-duanya dianggotai oleh orang Melayu dan Islam, tetapi pemikiran dan tindak-tanduk mereka juga banyak yang sama.

Daripada sudut sejarah, ini tidaklah menghairankan kerana Pas adalah serpihan Umno dan sejak berpisah pada awal tahun 1950an mereka berkongsi pengundi atas pagar yang ada masa mengundi Umno dan ada masa mengundi Pas.

Namun satu persamaan yang sangat ketara sejak akhir-akhir ini adalah kedua-dua parti itu nampak begitu takut dituduh ekstrem kerana mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan yang kedua-duanya sudah menjadi “peminta maaf” (apologist) dalam perhubungan kaum dan agama di negara ini.

Tulisan sepenuhnya

Tuesday, December 22, 2009

Syabas Bro!

1. Baharu pagi tadi saya menyentuhnya. Dan petang ini di Malaysiakini:

Pemimpin kanan Pemuda PAS letak jawatan

Jimadie Shah Othman
Dis 22, 09
11:25am

Ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan - yang tegas mendesak pengunduran segera menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai peneraju Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - telah meletakkan semua jawatannya dalam parti hari ini.

Bagaimanapun, Dr Rosli Allani Abd Kader meletak jawatan bukan kerana kegagalan Pemuda PAS negeri mengadakan mesyuarat berhubung peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Sebaliknya, kata beliau, ia berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu - yang memerintahkannya tinggal berasingan dengan isteri keduanya - bagi mengelak menjejaskan imej PAS.

Dr Rosli mengumumkan peletakannya itu dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kota Bharu tengahari ini.
Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau mengesahkan peletakan jawatan itu dan sebab beliau meletakkan jawatan.

Beliau mendapat perintah mufarakah (berpisah sementara) dengan isterinya Ilyana Mohd Noor kerana perkahwinannya pada Disember tahun lalu diragui oleh bapa mertuanya.


2. Syabas Dr Rosli kerana tidak menunggu 3 bulan dari Christmas Eve. You walked your talk!

3. Almenantuya perlu ikut teladan ini. Tak perlu tunggu 3 bulan dari Christmas Eve.

Monday, December 21, 2009

Kita Serupa...


1. Dua hari dulu di Malaysiakini...

Pemuda PAS Kelantan dilaporkan mendesak Abdul Ariffahmi berundur segera daripada PMBK – bukan seperti beliau jadualkan pada 23 Mac tahun depan.

Photo: ahmadfadhli.com.my

Isu tersebut dilaporkan akan dibincangkan dalam bermesyuaratnya, termasuk mungkin mengadakan pengundian bagi mendesak pengunduran Abdul Ariffahmi, yang juga exco Pemuda PAS negeri.

Ketua penerangannya Dr Rosli Allani Abd Kadir dilaporkan berkata, pengunduran segera Abdul Ariffahmi sangat penting kerana kontroversi yang membelenggunya boleh menjejaskan PAS.


2. Hari ini di Berita Harian....

Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, isteri diarah berpisah

KOTA BHARU: Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, 35, semalam, diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah supaya terus berpisah dan tinggal berasingan dengan isteri keduanya, Ilyani Mohd Noor, 30, sehingga kes mereka dibicarakan pada 26 April depan.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Mohd Yusof Awang, selepas bapa mentuanya, Mohd Noor Che Man, 58, menolak hasrat Dr Rosli Allani untuk mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutan pembatalan perkahwinan yang difailkan Mohd Noor, bapa kandung defendan kedua (Ilyani) mendakwa, Dr Rosli dan Ilyani berkahwin secara tidak sah pada 26 Disember 2008 di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan berkenaan kerana disyaki tidak memenuhi rukun dan syarat perkahwinan yang sah disebabkan tatacara perkahwinan dan surat perakuan nikah itu adalah dokumen yang tidak sah.



3. Manalah tahu kot-kot Almenantuya, Alamalina, Alabduh dan TGNA pula akan mendesak KP DPPK letak jawatan parti kerana memalukan parti akibat pederas anak orang tanpa izin wali (mengikut aduan wali)? Macam mana mereka boleh bernikah di Selangor? Pakat-pakat dengei Tok Sei dan Khalid Samad ko?

Ada Baung, Ada Baung

Malaysiakini

Anak MB 'buka pekung' ulas isu suami: Idris

Salhan K Ahmad
Dis 21, 09
11:33am

Nik Amalina Nik Abdul Aziz tidak seharusnya "membuka pekung di dada" dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog peribadi anak menteri besar itu, kata ketua penerangan PAS.

"Banyak perkara yang melibatkan hal dalaman tidak bolehlah diceritakan kepada semua orang sebab akan jadi seperti membuka pekung di dada," kata Idris Ahmad

Tambahnya, tindakan anak perempuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang didesak melepaskan jawatan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), melalui blog "tidak sepatutnya dilakukan" kerana ia berkait dengan soal pentadbiran kerajaan negeri.

"Perkara yang melibatkan masalah pentadbiran dan dasar parti ini tidak sepatutnya didedahkan dalam blog," kata Idris ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini.

Jelasnya, isu melibatkan Abdul Ariffahmi, seperti yang diulas secara meluas di Internet, tidak sepatutnya disentuh oleh Nik Amalina dalam blognya Seri Suri (serisuri.wordpress.com), yang dimulakan pada 11 Disember itu
.

Saturday, December 12, 2009

Bina Masjid

Sinar Harian
13 Dec 2009

DAP tidak boleh pertikai pembinaan masjid: Harun KUALA TERENGGANU - Pas akan mewujudkan lebih banyak masjid jika Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negara ini dan sebagai rakan pakatan, DAP harus bersetuju dengan keputusan itu, kata Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib.

“Pakatan Rakyat akan tambah lagi (masjid) dan kita harap DAP tidak akan bercakap mengenai perkara yang boleh menunjukkan mereka anti Islam,” katanya.

:Harun, yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu, meminta pemimpin DAP tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menampakkan DAP memusuhi Islam dalam usaha menjaga keharmonian negara.

Harun berkata, secara peribadi, beliau rasa bilangan masjid dibina Kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara ini masih belum cukup.

Kerabat Raja ...

Of late ada politicians yang gemar membesar-besarkan cerita mereka keturunan raja-raja. Tok Nik bangga berketurunan Raja Jembal, Tok Jib pula keturunan Raja Gowa dan baru saja ditabalkan gelaran. Habis tu Tok Nuar nak mengaku keturunan Raja apa pula?

Tok belah bapanya bukan datang dari kepulauan Melayu. Nun jauh di barat dan sama dengan Tok belah bapa TM. Geng-geng dia dah tabal TM "Mahafiraun". Dulu saya pernah cadang "Mahafiraun II" tapi geng-geng dia tak setuju. Kemungkinanlah lebih sesuai Rajag.... ke Rajam..... ke Rajan ke Raja..... ke Maheepati.... Tapi Mat Sabu pernah tabal dia Raja Silit sebagai membalas jasabaiknya menabal Mat Sabu sebagai Alkhalwati.

Thursday, December 10, 2009

Kerabat Raja Gowa


Hari ini suatu hari yang luarbiasa. Dalam Star, ada satu iklan satu muka mengucap-kan Selamat Hari Jadi kepada permaisuri kerabat Raja Gowa yang baru ditabalkan Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

Perkara sebegini belum pernah terjadi samada kepada Permaisuri Agong atau Sultanah-sultanah di Tanah Melayu ini meskipun isteri PM atau MB.

Begitulah kehebatan semangat 1Malaysia rupanya. Tidak hairanlah Azizah juga mahu jadi Wanita Pertama.



____
Tuesday, November 24, 2009
Perihal Datuk Menteri, Menantu Dan Carla Bruni
A Kadir Jasin

TOK GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya tunduk kepada persepsi dan pendapat umum bahawa pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan adalah langkah tidak popular dan meragukan.

Apa pun alasan dan motivasi Menteri Besar Kelantan itu melantik menantunya ke jawatan penting yang sangat hampir dengan Pejabat Menteri Besar itu tidak berguna dan bermakna apabila berdepan dengan pendapat umum yang negatif.

Dipendekkan cerita, pengalaman Nik Abdul Aziz ini wajib serentak dijadikan teladan dan sempadan oleh semua Wakil Rakyat dan penjawat awam.

Teladan: Langkah Nik Abdul Aziz mengakui kesilapan dan memecat menantunya adalah tepat dan berani.

Sempadan: Sayangkan anak, menantu dan bini ada had dan batasan. Sayang di rumah bawa bahagia. Bawa anak, menantu dan bini campur tangan dalam urusan negara mengundang bencana.

Mungkin Nik Abdul Aziz termakan mantera meritokrasi. Mungkin pada perkiraannya si menantu layak dilantik ke jawatan itu atas dasar meritokrasi. Atau boleh jadi juga dia berasa bahawa sebagai Tok Guru, apa sahaja keputusannya akan dipersetujui dan dihormati.

Saya tidak akan kering air liur atau berhenti mengingatkan Wakil Rakyat bahawa pengundi memilih mereka dan memberi mandat kepada mereka. Pengundi tidak memilih apatah lagi memberi mandat kepada anak, menantu, isteri, abang, adik dan kroni mereka.

Teringat saya berita yang disiarkan oleh akhbar arus perdana tempatan pada 19 November lalu bertajuk “Carla Nafi Suami Jadi Pak Turut”. Carla adalah Carla Bruni-Sarkozy, seorang bintang filem Perancis yang kini isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Dalam sistem kepresidenan (presidency) Perancis seperti juga dalam sistem Amerika, Presiden adalah Ketua Negara dan Ketua Kerajaan. Jadi isteri Presiden Perancis dan Presiden Amerika memainkan peranan sebagai Wanita Pertama atau First Lady.

Kita tidak ada sistem itu. Kita ada dua ketua. Ketua Negara adalah Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri. Macam Ratu Inggeris Ketua Negara dan Perdana Menteri Inggeris Ketua Kerajaan.


Jadi jangan-lah silap atau sengaja bagi gelaran atau jolokan Wanita Pertama (First Lady) kepada sesiapa. Kita tidak mahu berlaku salah protokol kerana negara kita adalah negara Raja Berperlembagaan dan kita ada adat resam sendiri.

Wednesday, December 9, 2009

Kerabat Raja Jembal

1. Di mstar online, Tuan Ibrahim menyatakan ketidaksetujuannya kepada saranan Mahfuz.

2. Malangnya Tuan Ibrahim adalah sepupu isteri Almenantuya. Dia sepupu Nik Abduh. Sepupu kesemua anak-anak TGNA. Kredibiliti keneutralan kenyataanya itu sangat diragui. By hook or not, he is kerabat Raja Jembal. Malah kenyataannya jelas membela suku sakat Raja Jembal yang kelemasan. Bukannya untuk kesejahteraan parti.

3. Mahfuz memang "orang luar". Malah semua orang lain adalah "orang luar" kecuali suku sakat dan kerabat Raja Jembal. Tuan Ibrahim adalah "orang dalam" yang sangat dalam.

___

mstar on line
Rabu Disember 9, 2009
Isu Ariffahmi: Tuan Ibrahim Tak Setuju Dengan Mahfuz
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Semua pihak diminta supaya tidak mewujudkan 'tekanan baru' kepada Abdul Ariffahmi Ab Rahman berhubung soal peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu peletakan jawatan Abdul Ariffahmi tidak seharusnya diperdebatkan oleh 'orang luar'.

Beliau sekaligus tidak bersetuju dengan gesaan seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar supaya Abdul Ariffahmi segera melepaskan jawatannya iaitu lebih awal dari tempoh tiga bulan yang diumumkan sebelum ini.

"Janganlah wujudkan satu lagi tekanan kepada Abdul Ariffahmi, orang luar sepatutnya tidak mencampuri urusan ini," katanya kepada mStar Online.

Akhbar semalam memetik Mahfuz sebagai berkata bahawa menantu Menteri Besar Kelantan itu wajar dengan segera meletakkan jawatannya bagi menepati semangat dan matlamat keputusan pimpinan PAS Pusat berhubung kedudukannya dalam PMBK.

Kata Tuan Ibrahim lagi, semua pihak perlu memberi kepercayaan kepada kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan isu tersebut.

"Memandangkan isu ini melibatkan hal ehwal kerajaan Kelantan, jadi eloklah kita beri sepenuh kepercayaan kepada Tok Guru (Nik Abdul Aziz) untuk menguruskannya.

"Saya yakin isu ini boleh diselesaikan mengikut landasannya," kata beliau.

Tambah Tuan Ibrahim, beliau percaya, Abdul Ariffahmi memerlukan masa untuk menyempurnakan tugas-tugasnya di perbadanan itu.

"Persetujuan beliau untuk meletak jawatan itu juga satu pengorbanan yang besar buat dirinya... kita perlu ambil kira perkara itu semua.

"Mungkin beliau perlu selesaikan banyak perkara, bagilah masa kepadanya, biarlah perkara ini diselesaikan mengikut proses yang teratur," katanya.

Abdul Ariffahmi yang berkhidmat selama lapan tahun di PMBK dilantik sebagai CEO pada 20 September lalu.

Sebelum itu beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi PMBK.

Bagaimanapun pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO telah mencetuskan kontroversi amalan nepotisma dalam PAS selain kemelut dalaman PMBK yang dikaitkan dengan soal salah urus tadbir dan kewangan.

Kemuncak kepala segala kontroversi ini ialah apabila seorang bloger terkenal yang juga pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi dipecat daripada jawatannya setelah timbul cakap-cakap yang mengaitkan beliau sebagai punca siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas sayap pelaburan Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Sehari selepas dipecat, Syed Azidi@Kickdefella telah memanggil satu sidang akhbar dan mengisytiharkan 'perang' ke atas Ariffahmi dengan memberi amaran yang beliau akan terus mendedahkan kepincangan pentadbiran di bawah menantu Nik Aziz itu.

Selepas menerima pelbagai desakan dan kritikan akhirnya Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK dan juga atas nasihat kepimpinan PAS Pusat telah meminta Ariffahmi melepaskan jawatannya di PMBK.

Bagaimanapun kontroversi berhubung kedudukan beliau tidak tamat dengan peletakan jawatan tersebut kerana ia hanya akan berkuat kuasa pada 25 Mac 2010. Ariffahmi mengemukakan notis berhenti tiga bulan.

Lemas II

Star

Wednesday December 9, 2009
Ariffahmi has to be a thing of the PAS-t

Analysis by Joceline Tan

PAS leaders are upset that the Mentri Besar’s son-in-law is clinging to his post as PMBK CEO till next year because the issue is dragging down the party’s image.

DATUK Nik Aziz Nik Mat looked a little stunned when he arrived at the scene of Kota Baru’s latest disaster where a car had crashed through the ceiling of the state’s biggest shopping mall.

The vehicle had landed on the escalator below, killed two people and shocked everyone. It was a very sad and tragic incident, one of those one-in-a-million type of accidents.

The Kelantan Mentri Besar has been deluged with a host of issues the last few months chief of which has been the controversy over the appointment of his son-in-law Ariffahmi Abdul Rahman as CEO of Perbadanan Mentri Besar Kelantan (PMBK).

But even though the shopping mall tragedy has eclipsed the “son-in-law issue” as the talking point, people in PAS are still puzzled why Ariffahmi has yet to resign from the state agency which is chaired by his father-in-law.

They do not understand why Ariffahmi would want to stay on till March when Nik Aziz had asked him to quit more than a fortnight ago.

A measure of just how controversial Ariffahmi has become in PAS politics is that any mention of “menantu” or “son-in-law” in Kelan-tan is immediately associated to Ariffahmi, as it used to be associated with Khairy Jamaluddin when Tun Abdullah Ahmad Badawi was in power.

It has damaged Nik Aziz just as Khairy affected the image of his then Prime Minister father-in-law.

Each day finds new stories bubbling to the surface about why Ariffahmi has delayed his departure and they are nasty stories which no upright professional would want to be associated with.

“It is impossible that Tok Guru does not know what people are saying. He is not blind and he is certainly not stupid or else he would not have survived this long,” said Syed Azidi Syed Aziz, the former PMBK officer whose blog is being blamed for Ariffahmi’s downfall.

Regardless of whether these stories are true or untrue, it will only reinforce the public perception that Nik Aziz has been around so long that his large family are assuming that society is beholden to them.

For instance, an impassioned defence of Ariffahmi by his wife Nik Amalina, posted on the blog of a PAS politician, has been cited as proof that there is a “kitchen cabinet” in the Mentri Besar’s household.

Critics pointed out that administrative matters were being discussed around the family dinner table.

Instead of quickly quitting and making a fresh start elsewhere, Ariffahmi has been moving around trying to convince people that he is a victim of a conspiracy hatched by Syed Azidi and state exco member Datuk Husam Musa.

Said PAS vice-president Salahud-din Ayob: “I ran into him a few nights ago. He was upset that our party’s national leadership had not listened to his side of the story before we asked Tok Guru to let him (Ariffahmi) go.

“I told him we were not influenced by anyone or blogs. The situation in PMBK is a clear case of a conflict of interest because under the MACC Act, a son-in-law is considered a family member.”

PAS MPs were among the most vocal when the MACC Bill was tabled in Parliament and some of them had used the controversy over Khairy’s role in Abdullah’s administration to insist that the Bill include sons and daughters-in-law in the definition of family. They feel deeply embarrassed and compromised now that the tables have been turned on them.

“It‘s awkward when things like this happen. It puts us between a rock and a hard place especially the way the media has exploited the issue. All I can say is that the sooner Ariffahmi goes, the faster our recovery will be,” said Kuala Selangor MP Dzulkifli Ahmad.

There was praise for Nik Aziz when he asked his son-in-law to resign from PMBK. He was seen as having the courage to make a painful decision.

But the goodwill has dipped with Ariffahmi delaying his departure. It looks like family ties are Nik Aziz’s Achilles Heel. There have been demonstrations in Kota Baru, some in support of Nik Aziz, others asking him to step down as Mentri Besar.

Nik Aziz and his loyalist Husam have tried to divert attention from the son-in-law issue by harping on the oil royalty issue. The elderly leader has been in a hurricane mood, furiously lashing out at obstacles in his way and even praying for the demise of opponents.

But it has been like trying to divert attention from the elephant in the room. PAS leaders are at a loss over how they can further drive home the conflict of interest to Nik Aziz.

The longer Ariffahmi plays out his swan song, the greater the damage on his father-in-law and the party.

Tuesday, December 8, 2009

Why Oh Why



1. Front page Malay Mail ini menarik perhatian saya.

2. Kalimah "Why .. Why?" mengingatkan saya kepada keriauan Rafidah Aziz ketika Tun M mengumumkan perletakan jawatannya sebagai PM etc.

3. Saman yang dinyatakan juga menghairankan saya. Seorang tua kata seorang tua pengacau dan seorang tua itu menjawab balik menuduh situa itu busuk hati etc. Pengacau kata tulisan si busuk tak jadi kudis baginya. Peliknya si pengacau mengadu si busuk upahan kat mahkamah pula.

4. Apa dah jadi dengan kebebasan bersuara dan hak bloggers. Setahu saya dulu ada menteri (now mantan) kata bloggers goblog.... Kita kemudiannya sama-sama bersatu berarak menentang bloggers disaman. Now kita "go after blogger" pula. Itu pun belum pegang kuasa federal! Bagaimana kalau dah kuasai Putrajaya.

5. Perkara kedua yang menarik perhatian saya ialah pasangan Fatine dan Ian. Anihnya MP Kulim peguam kuat anti murtad berkata tiada apa yang perlu Mohd Fadzil takutkan untuk pulang ke Malaysia jika dia adalah khunsa. Wow apa hal pula dengan perkahwinan dan hubungan fizikal mereka berdua (lelaki/khunsa?)? Bolehkah orang (lelaki/khunsa?) Islam kahwin dengan (lelaki) kufr? Mohd Fadzil pula mendakwa masih bersolat... Apa dah jadi dengan jaguh anti murtad ini?

Monday, December 7, 2009

Lemas

1. Semalam di Malaysiakini, ada headline "Nik Aziz: Umno dalam keadaan 'lemas'". Juak-juak taksub akan mengatakan ini juga peribahasa klate.


2. Hari di Malaysiakini, keluar pula headline utama ini. "Ariffahmi, letak jawatan segera: Mahfuz". Juak-juak Mahfuz mungkin pula mendakwa ini peribahasa Kedah. Maknanya tunggu 90 hari dari Christmas Eve.

3. Nevertheless gesaan Mahfuz sudah tentu akan melemaskan TGNA, Almenantuya, Alamalina, Alabduh dan keluarga besar kerabat Raja Jembal. Belum sempat ambil nafas digesa TGHA, Tok Pa, Dr Hatta dan Salahuddin, datang pula serangan Nik Amar. Ni Mahfuz pula. Serban merah Almenantuya pun belum sempat lusuh dimakan hari!


4. Nampaknya Almenantuya kena anjur lagi satu majlis di Darul Aman pula. Jangan lupa bawa sedara-sedara kita ini melawat Darul Tok Zizan dan Mahfuz. Takkanlah kita hanya menang sorak di negeri sendiri. TGNA bukannya Mursyidul untuk Klate aje. Dia Mursyidul seantero Malaysia dan dunia di mana ada Hizbi. Oh...jangan lupa bawa mercun dan bunga api! Boleh kita bakar jerami-jerami padi.

Serban Merah II


1. Tak lama dulu, saya pernah ternampak beberapa orang memakai serban merah. Macam kenal aje syeikh-syeikh serban merah ini. Antaranya Sheikh Umar Abdul Aziz dan Sheikh alKarp AlMalik Singh.

2. Bedanya mereka tidak berkopiah dan melilit serban di kopiah.

Sunday, December 6, 2009

Serban Merah


Abu Daud 32.4067:

Narrated Ali ibn Rukanah:
Ali quoting his father said: Rukanah wrestled with the Prophet (peace_be_upon_him) and the Prophet (peace_be_upon_him) threw him on the ground. Rukanah said: I heard the Prophet (peace_be_upon_him) say: The difference between us and the polytheists (musyrikun) is that we wear turbans over caps.


1. Di Serambi Mekah, kelihatan ramai juga yang berserban merah satu hasta berkumpul baru-baru ini. Yang lilit di kopiah, lilit di kepala atau gantung di leher macam YB Husam (tapi saya tak fikir dia musyrikun. Dia TAKUT melakukan bidaah kot!)). Almenantuya pun berserban merah We Luv TG. Meriah bro. Nampaknya dah mula ada serban bermesej cinta... This is innovation! Di zaman Rasullullah, tak pernah pula saya dengar para sahabat memakai serban bertulis We Luv Rasullullah!

Abu Daud 40.4590:

Narrated Irbad ibn Sariyah:

AbdurRahman ibn Amr as-Sulami and Hujr ibn Hujr said: We came to Irbad ibn Sariyah who was among those about whom the following verse was revealed: "Nor (is there blame) on those who come to thee to be provided with mounts, and when thou saidst: "I can find no mounts for you."

We greeted him and said: We have come to see you to give healing and obtain benefit from you.

Al-Irbad said: One day the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) led us in prayer, then faced us and gave us a lengthy exhortation at which the eyes shed tears and the hearts were afraid.

A man said: Apostle of Allah! It seems as if it were a farewell exhortation, so what injunction do you give us?

He then said: I enjoin you to fear Allah, and to hear and obey even if it be an Abyssinian slave, for those of you who live after me will see great disagreement. You must then follow my sunnah and that of the rightly-guided caliphs. Hold to it and stick fast to it. Avoid novelties, for every novelty is an innovation, and every innovation is an error.



2. Di Google terdapat banyak juga entry serban merah. Antaranya Pemberontakan Serban Merah, Misteri Kumpulan Serban Merah, Melawan Sheikh Serban Merah, dll..

3. Kot-kot nanti muncul pula serban dacing dan serban hijau dengan alqamr. (Dulu umat AlArqam yang gemar memakai serban hijau. Sampai orang lain takut nak pakai serban hijau dan dicap sesat!) Almaklumlah haji VVIP pun dah boleh disponsor. Serban tentulah boleh. Kain batik dan pelikat dah biasa sangat.

Saya pun pernah hadiah rakan-rakan dan kerabat serban yang dibeli di Medinah. Pernah juga menerima serban berwarna-warna sewaktu memegang jawatan kecil setahun lalu. Tapi taklah sampai 65K seserban rasanya. Masih elok dalam plastik bersama tasbih di pejabat. Kopiahnya baru saya pakai Jumaat lalu setelah saya tidak memegang jawatan. Elok pula saya terserampak dengan Wan Nudin sponsor serban, kopiah dan tasbih itu sewaktu keluar masjid. Tak ingat pula apakah nombor plet Camry Wan Nudin. Rasanya bukanlah 100. Wan Nudin kontraktor kelas DS53. Saya tidak terlibat dengan sebarang pemberian kontrak.

4. Dah lama juga saya terfikir kalau Nike, YSL, Bonia dll keluarkan kopiah dan serban lagi canggih kot. Batik dan tudung YSL dan Fendi dah memang berlambak!

5. Mungkin juga boleh keluar serban jenama Tok Guru! Akan berebutlah umat PAS beli.