Thursday, March 4, 2010

Solat Hajat

Mantan Yg DiPertua PUM telah mengeluarkan ugutan kepada saudara seIslamnya. Saya rasa adalah lebih bermunafaat jika tujuan jahat asal solat hajat itu ditukar kepada solat hajat mohon kesembuhan kesihatan TGNA.

Tukang sihir sahaja yang gemar mendoakan kecelakaan dan kemudharatan orang lain waimah seugama.
___
Malaysiakini
Mohsin hadapi solat hajat tujuh hari tujuh malam
Jimadie Shah Othman
Mac 4, 10
12:13pm
Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.


Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.